Related Posts with Thumbnails

"ABANG " [ PART 5]  

Posted by K I R I M A R U~

Memori ingatannya berputar ligat di alam sekolah menengah.

" ya disebabkan gadis ini lah aku terpaksa berulang alik ke bilik kaunseling dulu"
perasaan gementar Abang tiba - tiba muncul. Resah gelisah.

" Woi Abang tengok awek tak berkedip mata "
Aslam memotong memori khayalan Abang.

" Ah mana ada...eh Lam ko kenal kan gadis yang lalu depan kita tadikan?"
" aah la... itu ex - girlfriend kau kan..? kau nak tackle dia semula ke?

" Memandai jela kau ni.... xdela dulu dia pernah bagitau aku yang dia memang tak nak sambung belajar lagi.. tapi aku terkejut tengok dia ada kat sini... "

" habis tu what's the problem man?"

" Aku berpisah dengan dia pun sebab perkara ni la... puas aku nasihat supaya dia meneruskan perjuangan untuk sambung belajar tak kira dalam apa jua bidang dan kelulusan... tapi sekarang aku nampak suatu perubahan yang ketara padanya" Abang berceloteh panjang.

" owh sekarang aku da faham.. kau nak ambik dia semula ye.." Aslam tersenyum - senyum seperti katak kekenyangan.

" Ah mengarut betul kau ni.. kau pun mesti ingatkan aku pernah berulang alik ke bilik kanseling masa zaman sekolah dulu?"

" Aah la... kenapa ye, aku da lupa la kes tu"

Truuutttttt...... truuuuuttttttt...truuuttttttt......

Abang memeriksa telefon bimbitnya yang baru sahaja dibeli dengan hasil titik peluh sendiri melalui bekerja sambilan di restoren makanan laut. Abang membuka peti mesej

"From Redha"
"woi korang kat mane ? cikgu cantik da masuk kelas ... sila pantaskan pergerakan anda"


" Lam.. jom kita harus bergerak sekarang " perbualan antara Abang dan Aslam terhenti tanpa noktah.

"ABANG " [ PART 4]  

Posted by K I R I M A R U~

Abang mendapatkan rakan karibnya.
" Eh Lam ko perasan tak siapa gadis tu?"
"Yang mana satu ramai ni?? " tanya Lam kehairanan.
"Ala yang tadi tu lah... ko ingat tak?"

" owh yang muka pucat tu ke? Aah la... Aku rasa macam pernah tengok dia... "

" ok adik - adik sayang... kita sudah pon selesai menjalani Ice breaking dan akak harap kamu semua pakai name tag yang baru kamu dapat tadi ... Kita akan ke aktiviti seterusnya "
Kakak senior tiba - tiba menjerit memberikan arahan untuk ke aktiviti yang seterusnya.

Perbualan hangat Abang dan Aslam terhenti. Mereka hanya menuruti arahan kakak - kakak dan abang senior seperti lembu dicucuk hidung.


************************************************************************************
Selesai solat Isya' Abang duduk diruang tamu rumah bersama abah dan mak sambil menonton televisyen.

" ha Abang macam mana keadaan kamu di Sekolah,? seronok ,? " abah memulakan perbualan.
" setakat ni alhamdulilah , tak ada apa - apa yang merunsingkan otak lagi , tapi ramai awek - awek yang cun woo " Abang berseloroh dan sedikit ketawa.

" Habis tu takkan tak dapat seorang kot " mak menyakat. terburai gelak ketawa antara tiga beranak itu . Keheningan malam itu menjadi gamat.

Keluarga Abang memang sudah masak dengan perangainya yang suka menyakat dan sikap berselorohnya itu.

*************************************************************************************

Seperti hari - hari biasa Abang mengambil pembonceng setianya , Aslam , untuk ke sekolah
" haish lambat betul la budak ni... da cakap da awal - awal dari semalam siap la awal sikit " Abang mengomel di dalam hatinya....

" Lammmmmmmm .... oooooo..... encik Aslam......... "

"Oh Abang , masuk la rumah dulu kita breakfast, Aslam tengah pakai baju tu " Makcik Senah ibu kepada Aslam menyahut panggilan Abang..

" Eh takpelah makcik .. dah lewat da ni .. petang ni saya datang makan ye.. " Abang dengan sikap berselorohnya.

" kamu ni Abang... kalau tak datang petang ni siap kamu " Kata Makcik Senah tersenyum.

Aslam sudah berada di posisinya lantas Abang memecut laju ke sekolah.


Hari ini tiada apa - apa yang menarik buat Abang dan Aslam selain mereka terpaksa menyanyikan lagu sekolah dengan memegang stokin masing - masing .. Mereka masih lagi terikat dengan minggu pengurusan pelajar baru yang diuruskan oleh abang dan kakak senior.

Tiba waktu rehat Abang dan Aslam memilih untuk berada di bawah pokok sambil menikmati minuman dalam tin. Ketika sedang berborak - borak Abang terpandang gadis misteri yang kebetulan lalu di hadapannya. Abang terkaku .

memori ingatannya berputar ligat di alam sekolah menengah.

" ya disebabkan gadis ini lah aku terpaksa berulang alik ke bilik kaunseling dulu"

BERSAMBUNG >>>

ABANG " PART 3"  

Posted by K I R I M A R U~

Apabila tiba pada sesi suai kenal Abang terpandang seorang gadis misteri yang pernah Abang kenali dulu....

" Ah kenapa pula dia pun disini, mustahil " bisik Abang sendirian... " Adik - adik sekalian kita mulakan sesi ice breaking ni secara individu ye , kakak mahu adik - adik perkenalkan diri masing - masing ye... teks bebas okey " kakak senior memberikan arahan ala - ala sotong Paul yang sedang membuat ramalan pula gayanya, sambil tangannya melibas kesana kesini.

Abang berdoa di dalam hati supaya percakapannya lancar dan tidak gugup ketika memperkenalkan diri. Inilah kali pertamanya berdiri dan berucap pada bilangan penonton yang hampir mencecah 50 orang. Tambahan pula terdapat gadis misteri yang memang sudah lama dikenali oleh Abang. "Ah persetankan semua itu"  Abang tawakkal.

Selesai memperkenalkan diri Abang menunggu giliran gadis misteri tersebut untuk memperkenalkan dirinya. Abang nampak dia kelihatan pucat. Mungkin kerana gemuruh dan gementar. Abang memberikan sepenuh perhatian terhadapnya. Sah memang dialah orangnya.

Abang mendapatkan rakan karibnya.
" Eh Lam ko perasan tak siapa gadis tu?" 
"Yang mana satu ramai ni?? " tanya Lam kehairanan.
"Ala yang tadi tu lah... ko ingat tak" ?

BERSAMBUNG>.....

"ABANG " [ PART 2]  

Posted by K I R I M A R U~

Abang hanya tersenyum lantas bersalaman untuk ke sekolah untuk menjadi pelajar Pra - U dengan harapan yang maseh kabur.....

Abang menghidupkan enjin motosikal Kriss miliknya yang maseh baru dan berkilat... " ermm nk g ambik Aslam dulu la... semalam da janji dengan dia "  Abang memecut laju meninggalkan rumahnya.

" Lammm... ooo.. Lammmm cepat la sikit kita da lambat ni "  Abang memanggil kawan baiknya... yang terkenal dengan sifat lambatnya.....

Apabila tiba di perkarangan sekolah mereka berdua melihat ramai manusia yang berbaju putih berseluar hitam sedang berbaris untuk mendaftar pada hari tersebut.

" Lam .. nasib kita mmg kat sekolah ni ke ? dari form 3 sampai la Pra - U ni... " Abang merungut... "ala sabar la .. mungkin rezeki kita belum sampai lagi..  yang mana ada tu kita sebat jela.. " Aslam menenangkan "

Selepas selesai mendaftar mereka beriringan berdua ke kelas Pra -u T1..... " amende plak ni Lam ada T1 ni "
" ntah la... xpe jap g kan ada taklimat... ko jangan la serabutkan keadaan " Aslam sedikit membebel...

Sesi taklimat dikendalikan oleh Cikgu Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Cikgu Undertaker WWF berdasarkan perwatakkan dan raut wajah beliau. " huh mmg ganas la muka cikgu ni tapi dalam hati ada taman ni " kata Aslam yang asyik menggosok hidungnya yang tidak gatal.

"  Ye para pelajar sekalian.. anda sepatutnya berasa bertuah kerana masih diberi peluang untuk meneruskan pengajian di peringkat ini.. kamu perlu berbangga dengan diri sendiri kerana kamu telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam akademik lantas kamu dipilih untuk terus menyambung pengajian di Pra -  U ni.." cikgu Undertaker bermadah untuk pelajar - pelajar baru Pra - U .

Hari pertama sudah berlalu.. Senior - senior Pra - U memberitahu bahawa seminggu pertama ini adalah minggu pengurusan pelajar baru atau dikenali minggu orentasi .. Abang dan Aslam masih terfikir - fikir dan tercari - cari hala tuju minggu orentasi ini diadakan.

" Abang , petang ni apa program ? nak g main skateboard ke x? " pertanyaan menenangkan fikiran oleh Aslam  " ala tengok dulu la... akwan , amin , omar , daus , redo semua tak ada la... nnt aku talifon ko bagitau berita terkini ek?" Abang memberi alasan kepada Aslam yang masih menggosok hidungnya yang tidak gatal ... " yelah kalau macam tu " Aslam menjawab..

Pada hari kedua mereka di alam Pra - U mereka dihujani dengan taklimat - taklimat yang berlimpah ruah mengenai sistem akademik di alam Pra - U... selesai taklimat kini tiba masa abang - abang senior mengambil alih tugas untuk sesi perkenalan dan ice braking.. " Lam ice breaking tu apakenda plak "  " ish tu pon ko tak tahu ke ? ice breaking ni aktiviti suai kenal la sambil minom air ais " Abang menggaru kepalanya.

Apabila tiba pada sesi suai kenal Abang terpandang seorang gadis misteri yang pernah Abang kenali dulu....

BERSAMBUNG>......

"ABANG " [ PART 1]  

Posted by K I R I M A R U~

'TRETTTTT treeetttt.... treetttt..." Abang membuka sedikit matanya melihat jam yang begetar2 di tepi telinganya... "ah sudah pukul 6 la, ala tido la lagi 30 min " , bisik hati kecilnya.

"DummMM..... DummmMMm ...Dummmmm " " Abang...dah pukul brapa dah ni ha , nk pegi daftar Pra- U ke tidak ni "? Abang tersentap ..~ " Yelah makkk..... Abang da bangun la ni "...

Sambil bermandi manda abang maseh brfikir dan tertanya - tanya... " apakebenda la Pra - U ni... adoi masuk dafta jela .... betul jugak kata abah kalau tak dapat mana2 tawaran pon Pra - U ni boleh la menjadi batu loncatan "

setelah siap Abang menuju ke dapur utk menikmati makanan kegemaran yang slalu dimasak emaknyanya ... " mak sedap betul la nasi goreng ikan ni... " " haa ni puji mesti ada makna ni" mak membalas "

Abang hanya tersenyum lantas bersalaman untuk ke sekolah untuk menjadi pelajar Pra - U dengan harapan yang maseh kabur.....

BERSAMBUNG.......

Jom Kongsi * sila Baca Dengan Penuh Tawadduq *  

Posted by K I R I M A R U~

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

sumber
terima kasih kepada : Sdr Faizallr .com

BERCELAK  

Posted by K I R I M A R U~

1. Sunat Bercelak Mata

Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya; “Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata” – (At Tibbun Nabawi)

Dalam hadis lain dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya; “Rasulullah SAW mempunyai bekas celak mata khas. Apabila mencelak matanya, Baginda SAW menyapu sebanyak tiga kali” – (Ibnu Majah – At Tibbun Nabawi)



KELEBIHAN BERCELAK

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Muhammad bin Hamid al-Razi, daripada Abu Daud Al-Tiyalusi daripada Abbad bin Mansur daripada 'Ikrimah daripada Ibn Abbas, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

Bercelaklah kamu dengan ithmid, (ianya akan) mencerahkan pandangan, dan melebatkan rambut.

Status hadith: Sohih

Penjelasan

1. Rasulullah amat menggalakkan umat Islam untuk memakai celak. Teori rawatan Islam mencadangkan yang pemakaian celak memang dapat membantu mencerahkan pandangan. Selain itu, ianya juga dapat menyejukkan mata.
2. Celak juga boleh melebatkan bulu mata. Rambut di dalam hadith di atas banyak ditafsirkan oleh ulamak sebagai bulu mata.
3. Ithmid ialah sejenis celak daripada bahan logam, seperti besi. Konsepnya hampir sama seperti celak masyarakat Melayu, iaitu ada bekas yang mengandungi serbuk atau minyak celak, dan ada batang besi untuk mencelup dan menyapu celak itu di mata. Ada ulamak yang menyatakan ianya merupakan celak daripada Isfahan.
4. Di dalam riwayat sohih yang lain, Rasulullah memakai celak 3 kali di mata kanan dan kiri sebelum tidur.


2. Faedah Lain Bercelak Mata
Seperti mana yang disebut di dalam At Tibbuni Nabawi, bahawa perbuatan mencelak mata boleh mendatangkan beberapa faedah :
  • Menyihatkan mata
  • Menguat dan membersihkan (menerangkan) pandangan
  • Menghilangkan penyakit mata
  • Mencantikkan warna atau menyinar cahaya mata
Bercelak mata sunat bagi wanita, dengan syarat bercelak pada bulu mata dan kening sahaja tanpa berlebih-lebihan sehingga menyerupai solekan wanita jahiliah. Seperti mewarnakan kelopak mata dengan pelbagai warna, menambah alis mata palsu dan sebagainya, termasuk memerahkan pipi dan mengincukan bibir dengan warna merah berlebihan adalah dilarang, kerana semuanya adalah tabarruj jahiliah yang dilarang.
Namun, jika wanita bersolek untuk suaminya, walaupun menyerupai tabarruj jahiliah adalah digalakkan dan sunat pula (berpahala). Tapi jika untuk keluar rumah dan untuk diperlihatkan kepada umum sahaja adalah dilarang.
Sumber : Batas-Batas AURAT & Pergaulan Serta Hukum Persolekan Dalam Islam oleh Ustaz Jaafar Salleh, Halaman 143-144

SUMBER : Biro Agama Kelab ePerolehan (tq sharing2 )

siAPA plAK yaNg BeRANI berGAdOH dEPAN guA NIe?  

Posted by K I R I M A R U~


B.U.N.K.F.A.C.E


VS





H.U.J.A.N




TARIKH : 10 - 11 JULAI 2010


TEMPAT : LIVE CENTRE , KUALA LUMPUR


MASA : 8.30


TIKET : RM 50


SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI : 03 9286 1234


1 HATI cINTA nEGARA


KIRIMARU : JOM LA BERAMAI2... MEMERIAHKAN KL FESTIVAL....
( ERM KIRIMARU = MAY BE ATTENDING
)

BADI BRASIL  

Posted by K I R I M A R U~

ARGENTINA dah mengikuti langkah BRASIL .. Kuasa bola sepak dunia...
adoit bola itu bulat...

saya meramalkan BELANDA akan bertemu ESPANA di FINAL....

Daaaaa.....

 

Posted by K I R I M A R U~

cuti sekolah adalah cuti yang ditunggu2 oleh para pelajar mahupun pengajarnya... hehehe gua ada jgk mengimpikan untuk berkerja secara part time mase cuti sekolah ni..nk cari duit tambahan..(.maklom la perancangan dah dibuat...perancangan pe? teeetttt =P) yelah dok umah pon bukannya ada keja pon... asgnment? ? harap maklom sajelah bak kata kawan2 gua... cuti adalah cuti ..... hahaha kawan gua yang cakap bukan gua...

tapi impian tggal kenagan sebb mase cuti yang pendek, kawan2 ramai yang da amek cuti , dan world cup menyebabkan gua tertempek jela kat umah hahhaha =p

ni gua ade la snap2 gamba cam best mase cuti ari tuh
layanz jela... =P



ini adalah mek isya a.k.a ainiesya yang dimengasuh oleh my mom... terhibur jgak la ada budak kiut neh... 2 cara dia posing maut... sape2 nk posing cam 2 di persilakan... hehe so mase cuti ari tu gua mmg begelumang ngn budak neh la.. kalo dia x dtg rase sunyi plak.. yg penting dia mmg bijak


sa
ini adalah telaga 7 (seven well) kat langkawi la of course....
gua sempat terjah bersama geng 88 hoho.. tempat ni menarik jgk la


s
ni kat k.perlis

kat langkawi ada monorail / lrt kah ?


Pic2 hanya 2 mpx sj... ok kn? lalalala




KIRIMARU : MALAYSIA TRULY ASIA =)

SEKITAR SEMESTER 8 A.KA. FINAL SEM!  

Posted by K I R I M A R U~ in


SYHUKURR!!!!

gua telah berjaya mengharungi onak berliku dalam bidang keguruan ni tanpa menyedari bahawa gua dah pon berada di last sem ( erk x seda ker )

daripada tidak tahu menahu langsung tentang apa itu maktab perguruan apa itu pendidikan khas tidak tahu adanya sekolah2 pend.khas kini tiba masanya untuk gua dan rakan2 menyumbangkan bakti kepada tanah air terutamanya dalam bidang pendidikan khas ini...insyaallah =) (ayat skem )

walaupon begitu , berada di last sem ini tidaklah semudah yang dijangka oleh gua & kawan2...
maseh banyk perkara yang perlu disettlekan.. terutama yg paling mencabar THESiS .. so wat jelah yang terbaik baik baik bla blla....

mggu depan da pon internship pulak... macam housementship jgk la... kne pergi sek sebulan...
nseb bek sek gua dekat hahaha

tanggal 5 julai ini genaplah gua 5 tahun berada disini..... so 2 jelah stakat ni.. da rase kekok nak taip2 kat blog ni sbb da lama x update neh.... tgk2 ramai dah follower gua... dah 63 follower gua neh... tq to all my follower ... <3 =)


so jumpe next post oraite!


KIRIMARU : TQ ABAH & MOMMY...