Related Posts with Thumbnails

Membezakan di antara menegur kerajaan dan menyokong pembangkang  

Posted by K I R I M A R U~

mahasiswa dalam negara dan luar negara selaku nadi negara mesti bijak dalam membezakan dua perkara yang dinyatakan di dalam tajuk di atas. Menegur pemerintah tidak sama maksudnya dengan bersetuju ataupun bersama-sama pakatan pembangkang. Kita anak muda adalah agen perubahan dan ada pengaruh dengan magnitud yang luar biasa. Justeru, sebarang keputusan yang diambil kerajaan mesti kita fikirkan dengan matang dan penuh hikmah. Jika keputusan yang baik diambil oleh kerajaan, kita wajar memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, namun jika dirasakan ada cacat cela yang signifikan, luahkan buah fikiran anda, nyatakan pandangan anda dengan yakin dan penuh tanggungjawab.

Ingat, memberikan pandangan sebegini tidak semestinya anda bersama-sama barisan pembangkang!

Ini kerana pembangkang juga terbuka kepada kesalahan yang sama samada pada masa kini semasa menjadi pembangkang mahupun setelah memegang tampuk pemerintahan negara nanti. Namun apa yang penting di sini, di manakah NILAI pendirian anda?

Bangunan 100 tingkat
Bayangkan jika anda mempunyai wang sebanyak RM 5 bilion, ke mana anda mahu membelanjakan wang ini untuk pembangunan negara?

i) Menaik taraf sistem pengangkutan awam (LRT, KTM) di KL setaraf dengan TFL
ii) Membangunkan Pulau Langkawi sebagai Pulau Ikon sedunia
iii) Membina bangunan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat
iv) Menghantar tambahan 5000 pelajar perubatan ke UK atau 50,000 pelajar perubatan ke Mesir
v) Membina lebih banyak sekolah berasrama penuh?

Perbincangan inilah yang membentuk asas kepada belanjawan negara, sebagaimana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri negara baru-baru ini. Dan cadangan ketiga telah diumumkan oleh Perdana Menteri negara. Apa pendapat kita selaku mahasiswa?

Antara hujah-hujah sokongan adalah;
i) Tanah ada value yang tinggi, jadi alang-alang nak bina bangunan, kena bina tinggi
ii) Jana ekonomi negara - tarik pelabur luar
iii) Peluang pekerjaan melalui pengagihan projek-projek
iv) Kita perlukan ikon negara maju

Manakala hujah-hujah balas pula adalah;
i) Subsidi akan dimansuhkan. Rakyat semakin sengkek..
ii) Berapa banyak gedung perniagaan di KLCC dimiliki bumiputera dan rakyat Malaysia pada hari ini?
iii) Rakyat memerlukan bonus dalam zaman kesempitan ini.
iv) Kos awal RM 5b, confirm naik punya, macam projek istana negara, atas 'sebab-sebab' tertentu.

Apa juga hujahnya, golongan yang berusia awal 20-an harus sedar, di mana NILAI pandangan anda? Adakan sekadar disimpan rapi di dalam peti, atau terkunci di dalam peti suara? Bahaskan dengan bijaksana. Ingatlah wahai mahasiswa sekalian, pandangan anda bernilai, dan hanya BERNILAI (VALUABLE) apabila anda suarakan.

Dan ingat, menyuarakan pandangan tidak semestinya anda menyokong pembangkang!

'Isu Rosmah' pula meyusul
Beberapa hari selepas pembentangan bajet negara, seantero negara gempar dengan aksi-aksi 'panas' semasa Islamic (Islamic?) Fashion Festival (IFF). Pelbagai NGO bangkit membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu. Rupanya ada pakaian yang membuka aurat dan terpampang nama 'Muhammad' secara terbalik di dada si peragawati. Beberapa persoalan di sini;

i) Penggunaan nama 'Muhammad' ini sememangnya satu penghinaan, jika ia benar.
ii) Namun begitu, kalau dilihat dalam konteks yang lebih besar, penganjuran program seumpama ini juga sudah merupakan satu penghinaan besar. Walaupun namanya fesyen Islam, namun pemakaiannya langsung tidak Islamik! Ibaratnya kalau kita mahu menjual kereta Proton, namun kita iklankan di akhbar yang kita mahu menjual kereta Jaguar. Adakah tindakan kita itu adil?


Dalam hal ini, tanpa mengira siapa sekali pun yang bersalah, mahasiswa wajar mengambil tahu akan apa yang berlaku, dan suarakan teguran anda. Bagi yang beragama Islam, apabila cara hidup anda dihina, anda wajib bangkit mempertahankan dan menegur kesilapan yang ada. Dan bagi yang bukan Islam, apabila ada agama lain yang dihina, atas semangat 1Malaysia, kita mesti bersama-sama bersatu dalam membetulkan kesilapan yang telah dilakukan, demi kemaslahatan bersama.

Wahai mahasiswa, jangan ragu-ragu menyatakan NILAI pendirian anda.

Zaman sekarang kita ada blog, media alternatif, akhbar tempatan dan medan sosial maya seperti Facebook. Nyatakan pendapat anda dengan penuh hikmah dan beradab serta penuh ikhlas.

Dan menyatakan pendirian anda tidak semestinya anda menyokong pembangkang.
Anda sebenarnya menyokong jati diri anda!

sumber : kawan di facebook.

KIRMARU : BACA DAN BERFIKIR ERM...,

WoWWW!!!!!!!!!! Istimewanya WaNiTa  

Posted by K I R I M A R U~

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”


6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.



12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.



13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.



Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

An Nisa 1

CERita PAda 10.10.10 .. KAmI LAri KUala LUMpuR!! ( NIKE RUN 10.10.10.10K)  

Posted by K I R I M A R U~ in

Mesti geng2 blogger ada agenda tersendiri kan pada tarikh 10.10.10? sama ada luar biasa mahupun sama seperti biasa... so cam biasa lambat update cerita hakhak....

So ceritanya we dah run KL 10 BEB!! wow .... hahaha.... -*rosak bahasa*-

Berkumpul di perkarangan jalan BInjai KLCC sekitar jam 6 pagi membuatkan kami berasa sungguh teruja untuk berlari ditemani embun jantan pagi... kira-kira 9000 participant mula bersedia di garisan permulaan dengan semangat baru perjuangan yang satu......

gua tidak sempat untuk berada di garisan permulaan ... so gua dok tengah2 ribuan manusia berbaju hijau muda yang santek tuh...  Jadi 10 minit pertama berjalan dan berjalan sambil memijak kasot orang... -sori ya amoi! hukkk..- lari punye lari punye lari dah pon sampai..

menang kalah? bukan itu taruhan...
kalo menang tuh nasib jela wakaka...
keseronokkan berlari dengan ribuan manusia di samping mencari pengalaman yang berharga adalah penting...*dance2*

menjadi kewajipan uttuk bergambar...*gaya2 atlet pencen*


 wakawaka ei ei


 atlet malaysia
 gaya jek lebey hahahaha


 kami lah juara... minomlah MILO!!

 atlet2 maktab... majulah sukan untuk maktab!! hakhak


 *miss google kasik* i yang kat tgh2 tu... nampak x? walala~~

nazri jgn sedey yee... taun depan kita cuba lagi... isk.. taun depan???




KIRIMARU : BERlari untuk kesihatan... berlari adalah nikmat... berlarilah anda selagi mampu..

CeRitA BiDadaRi .... BuKAn PiL BInaRi....  

Posted by K I R I M A R U~

Athiah bin Khalaf adalah seorang saudagar Mesir terkenal. Semula ia kaya raya, namun belakangan jatuh pailit. Satu-satunya kekayaan yang masih tertinggal padanya adalah sepasang busana yang dikenakannya.

Pada Asyura, 10 muharram, Athiah bin Khalaf menunaikan shalat subuh di masjid Amru bin Ash. Ketika ia sedang duduk sendirian disalah satu sudut masjid, datanglah seorang ibu bersama beberapa orang anak yang masih kecil-kecil.

“ Tuan, tolong lepaskanlah aku dan anak-anakku dari kesulitan hidup. Suamiku telah meninggal tanpa mewariskan apa-apa. Pekerjaan meminta-minta baru aku lakukan sekali ini. Aku juga keluar rumah karena terpaksa. Tolonglah tuan.”

Sejenak Athiah berpikir,apa yang mesti diberikan pada wanita itu? Sedangkan ia sendiri tidak memiliki apa-apa, kecuali busana yang melekat di badan. Jika pakaian ini kusumbangkan, akan terbukalah auratku, pikirnya. Tapi jika kutolak permintaannya, bagaimana nanti kata Rasulullah saw terhadapku.

“ Baiklah, ikut aku ke rumah,” ajak Athiah lembut. Sesampai di rumah ia menyuruh wanita tersebut menunggu diluar. Setelah melepas busananya, Athiah menyerahkan kepada wanita itu dari balik pintu.

“ Mudah-mudahan Allah SWT memberi tuan pakaian dan perhiasan dari surga. Tuan tidak akan lagi memerlukan bantuan dari orang lain selama hidup.”
[Ilustrasi] Ilustrasi

Athiah sangat gembira mendengarnya. Setelah itu ia hanya mengunci diri dalam kamar. Ia berzikir siang malam. Sampailah pada suatu malam ia bermimpi melihat seorang bidadari yang cantik molek. Tangan kiri bidadari itu memegang apel beraroma harum dan setelah dibelah keluarlah sejumlah perhiasan surga.bidadari itu mengenakan perhiasan surga kepada Athiah, lantas duduk menghiburnya.

“ Siapakah engkau? ” Tanya Athiah.

“ Saya Aasyura, istri engkau dalam surga ini,” jawab bidadari itu.

“ Bagaimana saya bisa mendapatkan kebahagiaan seperti ini? ”

“ Berkat doa wanita yang engkau tolong kemarin.”

“ Athiah tersentak. Ia bangun dari tidurnya dengan riang gembira. Lantas mengambil air wudhu dan shalat dua rakaat, sebagai pernyataan syukur kepada Allah SWT. Usai shalat, Athiah bin Khalaf berdoa. “ Ya Allah, andai benar mimpiku tadi dan bidadari itu yang akan menjadi istriku, cabutlah nyawaku sekarang juga, supaya aku segera mendapatkannya. ”

Belum sampai ia menutup doanya, Allah mengabulkan permintaannya. Pada waktu itulah Athiah meninggal dunia.

Sumber : Sedekah Membuka Pintu Surga Oleh Syamsul Rijal Hamid – Cahaya Salam.
Kirimaru : ...........

Oh patot la Kes Culik mudah Terjadi ** culik budak tanpa sengaja**  

Posted by K I R I M A R U~

mula rasa janggal untuk mengetuk2 kiped lock ....

sebelum tu bagi yang mengikuti cerpen "Abang" cerita tersebut bakal dikompilekan dan akan diterbitkan kelak.. bagi mengtahui kisah " Abang" sila dapatkan dipasaran tidak lama lagi.... tq..=)

ok story bermula...
minggu ni masih penuh dengan jemputan-jemputan open house atau rumah terbuka aidilfitri yang bakal melabuhkan tirainya beberapa hari saja lagi.. namun bahang kehangatannya masih mampu dirasai dengan kehadiran lemak-lemak tepu dianggota badan....

mggu lepas saya telah menerima dua undangan rumah terbuka disekitar pantai dalam dan pantai luar.... setelah dianalisis rumah pertama yang sesuai dilawati pada set induksi adalah di kawasan pantai luar terlebih dahulu...
setelah sampai kami merasakan kami telah berjaya menyesatkan diri dalam hiruk pikuk kota raya dan masih tercari-cari dimakah lokasi rumah berkenaan.

teringat pepatah lama mengatakan bahawa "malu bertanya sesat jalan" menyebabkan saya tidak malu lagi untuk bertanya...

ternampak kelibat sebuah mini market di susur keluar jalan utama.. kereta diberhentikan.. baju dikemaskan...
" kak tumpang tnye kat mana ye blok empat blas"
"oh... senang je tu.. adik jalan terus kat situ la blok tujuh blas"
" blok empat blas kak"
"erm xtau lah dik " "tq kak"

ok saya keluar dari kedai dan perbualan tersebut telah didengari 2 org kanak2 dimana umurnya masih dalam lingkungan sekolah rendah... 11@12thn..

"abg nk ke blok pat blas ye meh saya tunjukkan"
pergelangan tangan saya dicapai
"dik abg bwk keta ni.. xkn nk tggal kat sini?"
masih memegang tangan .. kawannya tersenyum simpul
"owh yeke. xpe dekat je depan tu je"
"kalo camtu adik naik keta ngn abg mahu?" saya menguji
"boleh je bang"
"erk xpelah adik tunjukkn jalan je nnt abg cari sendiri ek"
"blala... kanan kiri belok blablabla"
"ok dik tq" *blah*

*peramahnya budak2 zaman skang ni....
satu solusi perlu dicari dan digunapakai
*ATTN TO : ibu bapa cekgu cekgi masyarakat setempat

faktor : peramah terlampau...

KIRIMARU : TANPA NIAT TERJADI NIAT..... ..