Related Posts with Thumbnails

KHAS UNTUK MEREKA. MUAH~  

Posted by K I R I M A R U~


Tgk entry smalam tu tetiba terkenangkan insan yang membuat kan aku berjaya.  tq mommy n abah. muah2.


SALAM SAYANG DARI ANAK MU ~ 


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..



KIRIMARU : T_T



APA YANG HANGAT 2011 BUAT KIRIMARU~  

Posted by K I R I M A R U~

Asalamaualaikum dan terima kasih atas kunjungan rakan2 blogger yang rajin setiap hari menyinggah disini walaupun blog ini tidah terhapdate selama beberapa ketika. hehe cam biasa la ikot mood plak susah la camni kan? hehe SALAM TAHUN BARU diucapkan walaupon dah lepas 11 hari yang lalu~

walau apa pon yang terjadi blog ini masih disayangi oleh Encik Kirimaru selaku beginner bloger yang masih mencari erti kepuasan untuk menaip menaip menaip dalam mencatatkan perkongsian maklumat dan juga sejarah perjalanan Kirimaru. wooooow~~

Tahun beranjak tahun. Suka duka perjalanan ini ditempuhi dengan rela tak peduli.
 Gelora jiwa ini sudah pun pasti akan berakhir tahun 2012. wow haha - merapik dah-.

Hokeh. apa yang menarik nya suka duka 2011 dalam hidup KIRIMARU?
cerita sket hokeh. Yang HOT untuk KIRIMARU.

1) 7 Feb 2011. tarikh keramat KIRIMARU telah pon berjaya diposting@ditempatkan di SEKOLAH PERTAMA iaitu di SJKT LADANG BATU HAMPAR, REMBAU, NS.  Namun begitu kesilapan teknikal membuatkan KIRIMARU berjaya berposting ke sekolah ke dua... KE DUA? (MAsyaALLah.) iaitu di sekolah sekarang di SK SERTING HILIR KOMPLEKS. Alhamdulilah. Sekali posting DUA Sekolah. MAMPOOO? maka berlansunglah episod baru cikgu baru posting. .

ni sek 1st. haha. esok nk pencen baca biodata panjang ni. skali posting dua sekolah.


2) 12 JUN 2011. tarikh keramat kirimaru dapat baby baru. hahahha. dapat KREta baru LAH! PERsona CINTA LESTARI, amboi. hahhaha. Alhmdulilah.

seminggu sblom hari raya. 

3) 29.10.11 Perjalanan cinta yang dilalui KIRIMARU telah pon di ikat dengan ikatan pertunangan dengan insan yang bertahta di hati ecehhhhhhhh pada bulan okt lalu. Perbincangan antara kedua-dua pihak memutuskan untuk mengadakan majlis akad dan walimatulurus dirancang pada tahun ini. Tarikhnya nt kirimaru hapdate keyh. wow cam artis plak. persiapan kini giat dijalankan agar majlis walimatul urus ini brjalan lancar. amin. mmg hot.


salam bakal mak mertua. =p


4) ada prasan x wish KIRIMARU kat tepi blog nieh? hehe dalam beberapa wish tu ada lagi yang masih blom tertunai. Tapi KIRIMARU nk bagtau dalam wish list tu ada yang telah pon tertunai. salah satunya KIRIMARU da sambaq sebijik CANON D1100 . tu jela yang mampoo hehe. Alhamdulilah. Slamat datang Baby Brown. Disetiap Gambar ada lagu. *teringat sidia wat lagu yuna jadi lagu birhday*. hambar hahahaha.

muahmuah.

Setakat ini dulu hapdate untuk permulaan tahun 2012 ini. berita selanjutnya akan di postkan kemudian. KIRIMARU percaya tahun 2012 ini lebih mencabar dan banyak lagi cerita-cerita hot akan dikongsikan bersama.

sekian dulu. muah!

KIRIMARU : wish list taun ni xde dulu setakat ini. kahkahkah.