Related Posts with Thumbnails

SyURGA CInTA - CINta ADa 3 JENis....  

Posted by K I R I M A R U~


awal2 pagi tadi aku da g lepak kat puchong nak amek barang sket nk bwk blik lgkawi.. pas 2 lepak2 pnye lepaK dok tgk estero yang saik mengulang je citenya.. Tetibe aaku tringat aku dapat 2 tiket free wayang citer SUrGA CINTA... ni kosmo punye praduan la... ade la orang 2 rajin menjawab kuiz2nye... so dapat la 2 tiket free...

pas smayang jumaat aku pon berangkat la pegi kat tgv sunway piramid... ma aihhh ramai gle babun orangnye walaupon ari jumaat tapi yang nengok cite ni de la3 lane je..

aku stori sket cite ni:


Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon:
Awal Ashaari
(Irham), Heliza Helmi (Syuhadah), Hadziq (Ikmal), Hisham Ahmad Tajuddin (Datuk), Mustafa Kamal (Tan Sri Zakaria) dan Dian P.Ramlee (Pn. Sri Mahani).

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.

Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang Muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan 'misi'nya. Melihat 'ketulusan' Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.

Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma "suka-suka" dan bukanya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

(part ni best)

last2 korang tgk la sendri...

awal : mmg best... jadi la lakonan dia
heliza : mmg cantik... tapi masih kekok menghapal skrip (ok la 2 1st time )
hadziq : cute n klaka.


mm tapi kan aku macam penah tgk la jalan crite ni same macam jalan crite indon 2.. x igt tujuk pla.. (nnt aku carik)


4 star!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


This entry was posted on Friday, May 29, 2009 at Friday, May 29, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 CLICK HERE 2 COMMENT

aku x pyh p tgk muvie N LA..
aku baca sinopsis yg hg tulis pun da fhm...
hahahah..

nway...
tq..

Tuesday, June 02, 2009

jalan cerita indon "kiamat sudah dekat'.hehe

Sunday, December 05, 2010

Post a Comment