Related Posts with Thumbnails

BERANI UNTUK HIDUP.. DARE TO LIVE!  

Posted by K I R I M A R U~

JARAK PERJALANAN YANG HARUS DITEMPUH SANGAT PANJANG
HARUS MELAWATI BEBERAPA TINGKAT DAN TAHAP
BANYAK RINTANGANNYA
NAMUN TUJUANNYA AGUNG
IAITU MENDIRIKAN DAULAH DAN KHILAFAH ISLAM~

ayat - ayat ni lah meruntun hatiku untuk membeli buku yang best neh..

haha baca blom abes lagi pon.

buku ni yang bertajuk " BERANI HIDUP " Karya MD NAJIB ISKANDAR telah gua sambar dengan jayanya masa ke PESTA BUKU ANTARABANGSA 2010 kemarin (sabtu )

gua jangkakan hari sabtu x la ramai sangat orang sbb ahad masih ada.. rupa - rupanya mmg ramai gilerz org yang berpusu - pusu masuk ke PWTC neh...

BAGUS2 GOOD2!!!! ini telah menunjukkan budaya membaca dikalangan rakyat Malaysia telah bertambah ke tahap yang membanggakan ...

Tapi x tau la datang sekadar mencari hiburan , saje suka2 nak menyemakkan keadaan... tapi mmg ramai yang datang memeriahkan suasana... (pakcik2 makcik2 adik2 mintak maap ek saya terpijak kaki anda sekalian huuhu x disengajakan).
(nampak sgt berlakon hahambar...)
(ramai kanak2 sekolah .. bgos2 teruskan usaha)



(tetiba aku terjumpa geng terjah tv9 , tam , irma sorg lagi tah x tau...kat booth PTS)



(ni adalah salah sorang model untuk majalah WANITA & pemenang acara menghias cup cake anjuran utusan.. dapatkan WANITA April ini.. hehe=)



KIRIMARU : sok nk kne observe ni... wah maseh banyak rilex maa... papehal pon membaca amalan mulia: buku : lakaran masa depan:
=)











CINTA PERTAMA....  

Posted by K I R I M A R U~

Bilik gua da bersepah cam tongkang pecah akibat gentar dengan musim - musim skang ni
...musim hape ?? msim2 observe lor... huuu..
so ada kesempatan sket gua buat2 rajin kemas2 tongkang pecah ni...

TETIBA....

alamak ni CD FAREAST Milik Amai neh...
terlupa suda mau bagi...(sbulan suda pinjam hahaha) hahah sori bro terbuat harta sendiri Plak...

lantas gua copy masuk laptop gua...
gua sbenanye tertarik ngan satu lagu neh... best plak lyn nasyid2 ni rupanya..+)

lagu per?
CINTA PERTAMA >> la plak...

Nyanyian : Far East
http://islamictazkirah.blogspot.com/


Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara

Lirik/lagu : Amar Sabda

ada kena mengena ker??? hehehe
sang bunga nnt i burn kasik u okeyh!!

sape penah dengar lagu ni? cam best kn?
kalo x penah dgr lagi try la donlod... sure x rugi =)


KIRIMARU : LAYANZZZZZZZ...

BERSAHABAT DENGAN JIN ==  

Posted by K I R I M A R U~

ASTAGHFIRULLAHALAZIM!

tajuk entri kat atas tiada kena mengena dengan gua hahaha

nak diceritakan sket bahawa gua ade dapt email dari rakan seperguruan gua en Haslam..
(ish lama btoi x jumpa hang)

dari ustaz ismail kamus .. jom sharing is caring...

Untuk Pengetahuan Kite Bersama....


1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Temp at tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala
Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
nasib, pembohong... . ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
tengah malam.. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah)..

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu
suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9
kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk.

selamat beramal~~

APA CERITA SEBENARNYA NI? WHAT HAPPEN?  

Posted by K I R I M A R U~


Dikala diriku sebuk diselubungi pelbagai kerja dan kejadian aneh........
diriku berjaya jua untuk menyebukkan diri untuk membuat post heeee....

ceritanya bermula apabila seorang guru pelatih sedang mengajar subjek bahasa melayu murid bermasalah pendengaran yang muridnya terdiri daripada 2 perempuan 3 lelaki... 1 orang berbangsa melayu dan 2 orang berbangsa cina dan 1 berbangsa india.... 1malaysia!
setting masa sebelum dan selepas raya cina..

cerita bermula.....
(ayat menggunakan bahasa isyarat)

cikgu H : murid2 mggu depan raya cina kn?

murid2 : ya ya... btol btol btol

cikgu H : siapa yang berbangsa cina dalam kelas ni?

murid : amoi dengan lengcai

cikgu H : ye btol... amoi bleh x bagi kawan2 dan cikgu buah limau ?

*guru menarik perhatian murid saja.. bukan mintak btol2 pon.. )

Amoi : x boleh *muka siyess* cikgu...

Cikgu H : kenapa x boleh?

Amoi : bapak saya marah bagi melayu makan.

Cikgu H : kenapa x boleh bagi melayu?

Amoi : salah Dosa...



Situasi 2

Cikgu H : Siapa suka baca surat khabar?

murid : (semua angkat tangan)

Ali : bapak saya hari2 ada beli baca kat rumah.

Lengchai : ada beli, bapak saya surat kabar melayu ada cina ada..

Cikgu H : Amoi , bapak ada beli surat khabar ?

Amoi : ada , surat khabar cina

cikGu H : melayu punya macam cikgu bawak ni ? ada ?

Amoi : x boleh baca .. salah... dosa

Cikgu H: kenapa salah ? dosa ?

Amoi : bapak marah .. x boleh beli baca.. salah dosa..

Cikgu H : okey siapa mengajar awak , cikgu cina atau melayu..

Amoi : melayu

Cikgu H : okey skarang cikgu xnk ajar awak sebab awak cina nnt bapak awak marah dosa...

guru pelatih meneruskan P&P


dimana silapnye neh?
hadoi menjadikah gagasan 1Malaysia kita ni sebenarnya?

selain guru di sekolah ibu bapa di rumah juga perlu menerapkan nilai2 perkauman nilai2 murni pada kanak2 masa kini.. murid akan lebih cenderung kepada persekitaran harian dan pergaulan mereka. guru akan sekadar mengajar dan cuba menilainya pada persekitaran sekolah sahaja.. Lain2???

KIRIMARU :
kesedaran pada diri sendiri seperti anjakan paradigma untuk keluar dari pemikiran yang negetif dan berikhtiar mencari penyelesaian terhadap masalah dan rintangan yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

BERITA DARI PETALING JAYA  

Posted by K I R I M A R U~

asalamualaikum dan salam sejahtera... eceh gaya2 penyampai berita plak..

nk stori la sket da lame x stori mori neh..
hehe bukan pe skang ni bizi la sket ngan aktiviti2 sekolah yang penat tapi seronok..(penting)
ni ha baru2 ni sek keb(2) Sultan Alam Shah ni baru wat ROADRUN.. berlari atas jalan huiks..
kalo kat sek kampung2 dikenali dengan merentas desa.. tapi kat tengah pekan ni mane la nak carik desa2 ni huhu...

so berlarilah kanak2 milo ni diatas jalan jam 310 ptg.. petang tau ..
mmg panas.... tapi panas 2 la menyemarak semangat kanak2 milo ni.. haha...( cian korang la ye bdk2... =)

mggu ni full ngan aktiviti kesukanan sebb da nak sukan da pon...
lect pon blom dtg observe... (heaven sungguh la korang cikgu praktikum)..
so bejaga2 la kalian...

jmpe nex post uollcikgu hasimi memberikan sepatah dua kata " follow me


majlis penyampaian hadiah

cikgu yg over