Related Posts with Thumbnails

LAWATAN SAMBIL BELAJAR  

Posted by K I R I M A R U~


Pada 26 Julai yang lalu, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sk. Serting Hilir Kompleks telah membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK ) Ayer Hitam. Seramai 11 murid PPKI telah menyertai lawatan ini. Aktiviti lawatan turut disertai oleh pegawai Jabatan Masyarakat daerah Jempol. Antara objektif lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada murid dan juga guru. Program lawatan sambil belajar ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti adalah  merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk melaksanakan aktiviti sosial murid-murid. Aktiviti ini  diharapkan dapat memberi pendedahan dan pengalaman yang berguna kepada setiap peserta di dalam kehidupan sosial.






ni utk update blog sekolah ku tercinta tapi disebabkan masalah login yang hampeh ku tampalkan disini dulu.
Sekian.~

PESAN ORANG TUA :  

Posted by K I R I M A R U~

Orang tua-tua ada selalu pesan dan cakap ada banyak pantang larang dalam hidop ni. Yang aku perasankanyye pun adalah untuk tujuan keselamatan dan kesihatan anak2 generasi2 x ni. =p. Aku pon sebagai generasi terbilang ni kadang - kadang mencari logik di mana keampuhan dan kekuatan pesan - pesan orang tua ni. Lagipon anak - anak muda ni bukan da nk percaya sangat da pon orang tua-tuan pesan neh. 

contohnyakan :

jangan potong kuku malam2 nt hantu paku datang
jangan lalu bawah penyidai ntt kepala kena potong
jangan makan nasi berlapik 2 pinggan nnt kurang rezeki
jangan bertunang lama-lama nnt jodoh pendek.

baru nk menyangkal tgk tup2 si APEK (ce baca ni) da pon xde jodoh ngan awek beliau
tup2 si ALLY ISKANDAR pon da bergolak. MAWI apatah lagi. 
Tapi apa2 pon jodoh ajal maut di tanganNYA.
ORG TUA2 NI MAKAN GARAM DULU DAri KIta kan?
Okay MAk saya Follow. =p

MOTIF EnTry : Dengar cakap Orang Veteren. 

SALAM RAMADHAN.  

Posted by K I R I M A R U~



Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan 

menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata,

 telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama 

perut.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN BUAT SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DI SELURUH DUNIA.