Related Posts with Thumbnails

LAWATAN SAMBIL BELAJAR  

Posted by K I R I M A R U~


Pada 26 Julai yang lalu, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sk. Serting Hilir Kompleks telah membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK ) Ayer Hitam. Seramai 11 murid PPKI telah menyertai lawatan ini. Aktiviti lawatan turut disertai oleh pegawai Jabatan Masyarakat daerah Jempol. Antara objektif lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada murid dan juga guru. Program lawatan sambil belajar ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti adalah  merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk melaksanakan aktiviti sosial murid-murid. Aktiviti ini  diharapkan dapat memberi pendedahan dan pengalaman yang berguna kepada setiap peserta di dalam kehidupan sosial.






ni utk update blog sekolah ku tercinta tapi disebabkan masalah login yang hampeh ku tampalkan disini dulu.
Sekian.~

This entry was posted on Wednesday, August 3, 2011 at Wednesday, August 03, 2011 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 CLICK HERE 2 COMMENT

Post a Comment