Related Posts with Thumbnails

MERDEKA MERDEKA MERDEKA  

Posted by K I R I M A R U~

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih — sebelum ini. Pertempuran ini membabitkan tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada British, India, Australia dan penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia II.W

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera ke-25 menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantar timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu.
http://www.kbistari.uum.edu.my

TELAH BERJAYA DIHAPUSKAN PENJAJAHAN2 YANG HAMPIR MERANAPKAN TANAH MELAYU INI DENGAN BERSATUNYA ORANG2 TERDAHULU TNPA MENGIRA PANGKAT AGAMA KAUM DAN BANGSA.

PENJAJAHAN DARI SEGI MINDA MASIH BELUM SELESAI..

"Tidak Semuanya Indah Apabila Berjaya"
SEMOGA NEGARAKU TERBILANG
KIBARKAN JALUR GEMILANG

SEMALAM ADALAH KENANGAN, ESOK ADALAH BAYANGAN  

Posted by K I R I M A R U~

Pertamanya saya selaku wakil kepada guru – guru praktikum di sini ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah kerana membenar dan menerima kami untuk melakukan amalan profesional/ praktikum di sekolah ini.
Sepanjang dua bulan kami disini banyak pengajaran dan pembelajaran serta ilmu dari segi dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah kami dapat timba dari guru- guru yang berpengalaman serta guru – guru cemerlang di sekolah ini. Tidak terlupa juga kepada guru pembimbing kami yang banyak memberikan idea , sokongan moral , serta sumbangan selama kami berpraktikum disini

Ada banyak perkara disini adalah yang kali pertama yang kami pelajari contohnya pengelolaan sukan tahunan bagi sekolah SKPK bagaimana untuk membuat balapan , aktiviti – aktiviti untuk cacat penglihatan dan sebagainya. KAMI JUGA BERASA SUNGGUH BERTUAH KERANA KAMI DIBENARKAN UNTK MENGINAP DI ASRAMA SKPK KERANA INILAH PENGLAMAN KAMI UNTUK BERGAUL DENGAN LEBIH ERAT DAN MESRA DAN MEMAHAMI DENGAN LEBIH MENDALAM LAGI TENTANG DUNIA KANAK- KANAK KHAS. Ilmu- ilmu yang berguna dan bermanfaat ini akan kami gunakan apabila kami bergelar guru kelak. Insyaallah .
Persekitaran sekolah , guru – guru serta staf – staf sokongan yang harmoni, mesra dan sporting menyebabkan kami tidak menyedari bahawa tempoh praktikum disini berlalu dengan begitu pantas.

Jasa baik dari pihak sekolah kami tidak akan lupakan dan akan menjadi kenangan yang terindah buat kami.



Saya mewakili rakan-rakan seperjuangan ingin memohan maaf di atas kesalahan / kesilapan, terlanjur BERBICARA , BEGURAU TIDAK SEMENA2 termakan , terminum, terKASAR BAHASA, sepanjang kami berpraktikum disini selama 2 bulan ini. Berjuta kemaafan dari kami. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan dalam peti, kalau ada silap dan salah jangan disimpan dalam hati. Kami budak baru belajar salah dan silap harap dimaafkan

Izinkan saya menyampaikan beberapa rangkap pantun untuk kita bersama:

Anak lembu di tepi bukit,
Berjalan beriring berkawan- kawan,
Berbuat baik walaupun sedikit,
Tetap dikenang budimu tuan.

KALAU ADA SUMUR DILADANG
BOLEH KAMI MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI

selamat berpuasa  

Posted by K I R I M A R U~

selamatt berpuasa muslimin muslimat dengan penuh keimanan dan ketaqwaan
semoga diberkati Allah S.WT

moga ramadhon kali ini penuh makna...

minggu terakhir disekolah  

Posted by K I R I M A R U~

da minggu las dah pon...
best...
bye!!

selamat ulang tahun..=)  

Posted by K I R I M A R U~

skpk seremban 5 kuning  

Posted by K I R I M A R U~

PERHIMPUNAN YANG AMAT TA*K  

Posted by K I R I M A R U~

ADEGAN SUNGGUH MEMALUKAN...

TEMPAT : PUSAT BANDAR K.L

SEMALAM 1 OGOS 2009 GUA N BUNGA JALAN2 SEKITAR K.L
KEADAAN K.L SUNGGUH KELAM KABOT DENGAN RIBUAN MANUSIA
ENCIK POLIS DAN ENCIK JPJ SANGAT RAMAI DISANA SINI

M : NAPE EK HARI NI CAM KELAM KABOT JE
F : AAH EK.. OW HAA ADE PERHIMPUNAN MANSUHKAN I.S.A 2 LAA
M : OH SUNGGUH X AMBIK PORT
F : BETOL3
M : JOM KITE BALIK LA...
F : SANGAT SESUAI

CERITANYA :

tindakan kumpulan tertentu yang didalangi pembangkang mengadakan demonstrasi bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, tidak lebih daripada bermotifkan politik.

Menurut Perdana Menteri, tindakan tersebut jelas tidak memberi apa-apa makna kepada negara dan hanya menimbulkan kesusahan kepada warga kota.

Tambahan pula katanya, kerajaan sememangnya sedang membuat kajian semula ke atas akta itu dan kini dalam proses mendapatkan maklumat timbal balas daripada masyarakat dan kumpulan tertentu.

"Jadi, demonstrasi ini tak perlu dan demonstrasi seperti ini akan hanya menimbulkan kesusahan kepada warga kota." - PM MALAYSIA-


SO kita sama2 la berfikir yang mana baik dan yang mana buruk..

gua bukan bagi pihak mana2 parti kat Malaysia ni..

gua tau semua parti politik dalam malaysia ni nak tunjukkan kehebatan masing - masing

semuanya bagos...... nak majukan malaysia, nak mengangkasakan malaysia , malaysia untuk semua..

tapi buat la perkara ni secara profesional...

padahal benda ni bukan benda yang baru!

dulu pengecut? skarang brani?

cina , india bertepuk tangan...

melayu????

melayu??? pikir la sendiri


''Seperti yang dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa perjuangan kita belum selesai kerana pelbagai cabaran contohnya dari sudut sosial, ekonomi dan politik belum selesai," - TPM -