Related Posts with Thumbnails

SEMALAM ADALAH KENANGAN, ESOK ADALAH BAYANGAN  

Posted by K I R I M A R U~

Pertamanya saya selaku wakil kepada guru – guru praktikum di sini ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah kerana membenar dan menerima kami untuk melakukan amalan profesional/ praktikum di sekolah ini.
Sepanjang dua bulan kami disini banyak pengajaran dan pembelajaran serta ilmu dari segi dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah kami dapat timba dari guru- guru yang berpengalaman serta guru – guru cemerlang di sekolah ini. Tidak terlupa juga kepada guru pembimbing kami yang banyak memberikan idea , sokongan moral , serta sumbangan selama kami berpraktikum disini

Ada banyak perkara disini adalah yang kali pertama yang kami pelajari contohnya pengelolaan sukan tahunan bagi sekolah SKPK bagaimana untuk membuat balapan , aktiviti – aktiviti untuk cacat penglihatan dan sebagainya. KAMI JUGA BERASA SUNGGUH BERTUAH KERANA KAMI DIBENARKAN UNTK MENGINAP DI ASRAMA SKPK KERANA INILAH PENGLAMAN KAMI UNTUK BERGAUL DENGAN LEBIH ERAT DAN MESRA DAN MEMAHAMI DENGAN LEBIH MENDALAM LAGI TENTANG DUNIA KANAK- KANAK KHAS. Ilmu- ilmu yang berguna dan bermanfaat ini akan kami gunakan apabila kami bergelar guru kelak. Insyaallah .
Persekitaran sekolah , guru – guru serta staf – staf sokongan yang harmoni, mesra dan sporting menyebabkan kami tidak menyedari bahawa tempoh praktikum disini berlalu dengan begitu pantas.

Jasa baik dari pihak sekolah kami tidak akan lupakan dan akan menjadi kenangan yang terindah buat kami.



Saya mewakili rakan-rakan seperjuangan ingin memohan maaf di atas kesalahan / kesilapan, terlanjur BERBICARA , BEGURAU TIDAK SEMENA2 termakan , terminum, terKASAR BAHASA, sepanjang kami berpraktikum disini selama 2 bulan ini. Berjuta kemaafan dari kami. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan dalam peti, kalau ada silap dan salah jangan disimpan dalam hati. Kami budak baru belajar salah dan silap harap dimaafkan

Izinkan saya menyampaikan beberapa rangkap pantun untuk kita bersama:

Anak lembu di tepi bukit,
Berjalan beriring berkawan- kawan,
Berbuat baik walaupun sedikit,
Tetap dikenang budimu tuan.

KALAU ADA SUMUR DILADANG
BOLEH KAMI MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI

This entry was posted on Sunday, August 30, 2009 at Sunday, August 30, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 CLICK HERE 2 COMMENT

Post a Comment