ABANG " PART 3"
Apabila tiba pada sesi suai kenal Abang terpandang seorang gadis misteri yang pernah Abang kenali dulu....
" Ah kenapa pula dia pun disini, mustahil " bisik Abang sendirian... " Adik - adik sekalian kita mulakan sesi ice breaking ni secara individu ye , kakak mahu adik - adik perkenalkan diri masing - masing ye... teks bebas okey " kakak senior memberikan arahan ala - ala sotong Paul yang sedang membuat ramalan pula gayanya, sambil tangannya melibas kesana kesini.
Abang berdoa di dalam hati supaya percakapannya lancar dan tidak gugup ketika memperkenalkan diri. Inilah kali pertamanya berdiri dan berucap pada bilangan penonton yang hampir mencecah 50 orang. Tambahan pula terdapat gadis misteri yang memang sudah lama dikenali oleh Abang. "Ah persetankan semua itu" Abang tawakkal.
Selesai memperkenalkan diri Abang menunggu giliran gadis misteri tersebut untuk memperkenalkan dirinya. Abang nampak dia kelihatan pucat. Mungkin kerana gemuruh dan gementar. Abang memberikan sepenuh perhatian terhadapnya. Sah memang dialah orangnya.
Abang mendapatkan rakan karibnya.
" Eh Lam ko perasan tak siapa gadis tu?"
"Yang mana satu ramai ni?? " tanya Lam kehairanan.
"Ala yang tadi tu lah... ko ingat tak" ?
BERSAMBUNG>.....